• Uruskan Hatimu..

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Jasad, kalau takde immuniti senang je nak kena serang dengan penyakit..
    Hati, kalau takde perisai pon mudah je nak kena serangan...jantung ke? bukan, panahan iblis..nau'zubillah...

    Semua itu ada sempadannya, terpulang pada diri untuk menguruskannya..

    Memetik kata-kata ustazah fatimah syarha dlm blognya,

    “Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”
    "Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."
    “Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.
    jadi, lazimi istighfar..itu lebih baik...
    penawar bagi hati yg sakit..=)

    Ya Allah, ampuni dosa-dosaku pabila aku terlupa pada-Mu..
    Ya Allah, berkali-kali aku melakukan kesilapan yang sama..berikan kekuatan kepada aku untuk 'immune' dengan bisikan syaitan..

    Allah...
    Allah...
    Allah...

    Ke mana perginya manis beribadat pabila berteleku di sejadah?
    carilah semula, bawakan ia ke sini..ke hatiku...
    manisnya mengingati-Mu ya Allah..

    p/s: lama tak berblogging, sbb hati gembira ada mak..semuanya dah terluah kat mak..tapi, masih ada perkara aku tak mampu nak cerita kat mak..=(







0 comments:

Post a Comment